awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan dikhuatiri lemas dalam dua kejadian bot karam di Pontian

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
27/05/2017
02:11 MYT
Dua nelayan dikhuatiri lemas dalam dua kejadian bot karam di Pontian
Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam akibat ribut dalam dua kejadian berasingan di perairan Pontian, Johor pada Jumaat. -Gambar JBPM
Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam akibat ribut dalam dua kejadian berasingan di perairan Pontian, Johor, pada Jumaat.
Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada jam 11 pagi di perairan Rambah, manakala kejadian kedua sekitar waktu sama di perairan Pontian.
Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Maritim Syed Nur Adli Ab Rahman menerusi kenyataan media berkata panggilan kecemasan diterima memaklumkan seorang nelayan hilang selepas bot dinaiki bersama seorang lagi rakan terbalik.
Ketika kejadian, mangsa Muhammad Atif Abd Manaf, 28, dan rakannya dipercayai sedang menangkap ikan sebelum angin ribut tiba-tiba membadai bot mangsa hingga terbalik.
Rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai, manakala Muhammad Atif pula tidak dapat dikesan.
Pasukan penyelamat melibatkan beberapa agensi iaitu Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan turut dibantu nelayan tempatan.
Pasukan penyelamat melibatkan beberapa agensi iaitu Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan turut dibantu nelayan tempatan.
Sementara itu, kejadian kedua berlaku kira-kira 1.8 kilometer dari barat Sungai Pontian Kechil melibatkan sebuah bot pukat tunda.
Dalam kejadian itu, empat kru berjaya diselamatkan bot nelayan manakala mangsa yang dikenali sebagai Amy, 20, masih dicari pasukan penyelamat.
Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan sejurus laporan diterima.
Pasukan penyelamat melibatkan beberapa agensi iaitu Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan turut dibantu nelayan tempatan.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Dua nelayan hilang
#hilang
#karam
#nelayan
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan