[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

Dua orang awam cedera, pokok tumbang di Jalan Ampang

Nuradilla Noorazam 05/03/2018 | 00:56 MYT
Dalam pada itu, trafik dari Jalan Ampang dan Yap Kwan Seng dilaporkan sesak teruk. - Foto Twitter ITIS DBKL
Satu pokok tumbang di simpang Jalan Ampang – Yap Kwan Seng pagi tadi menyebabkan seorang penunggang dan pembonceng motosikal cedera.
Akaun Twitter rasmi Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) yang menerima laporan kejadian dari akaun Twitter milik orang awam, KLCC Elevators.
Selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, pihak berkuasa bergegas ke lokasi kejadian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Makluman pokok tumbang di hadapan KLCC Jalan Ampang. Pokok tersebut telah menghimpap orang awam. Polis Trafik dan Bomba di lokasi. Bantuan Unit Kecemasan DBKL menghala ke lokasi," katanya menerusi akaun Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut perkongsian ITIS, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berada di lokasi pada pukul 7:50 pagi.
Setakat ini masih tiada perkembangan terbaru mengenai keadaan mangsa yang dilaporkan cedera.
Dalam pada itu, trafik dari Jalan Ampang dan Yap Kwan Seng dilaporkan sesak teruk.
#bomba #DBKL #KL #KLCC #PDRM #Pokok tumbang #traffic