MALAYSIA
Dua pasar raya di Sabah sertai aplikasi PriceCatcher
Kata Armizan, sebelum ini data harga yang dipaparkan dalam aplikasi tersebut dikumpulkan oleh PPH, yang menghadkan liputan kawasan serta bilangan premis. - Gambar KPDN
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkukuh agenda digitalisasi dan ketelusan harga barangan dengan memperluaskan kerjasama sektor peruncitan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dua pasar raya utama di Sabah, iaitu Pasar Raya Bataras Sdn. Bhd. dan Pasar Raya CKS Retail Sdn. Bhd.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali, MoU itu menandakan kemasukan rasmi dua entiti tersebut ke dalam inisiatif perkongsian maklumat harga automatik ke dalam Aplikasi PriceCatcher, yang bertujuan membantu pengguna membuat semakan harga barangan keperluan secara masa nyata (real-time).
Katanya, sebelum ini data harga yang dipaparkan dalam aplikasi tersebut dikumpulkan oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH), yang menghadkan liputan kawasan serta bilangan premis.
“Kerjasama ini memperluas capaian data harga kepada pengguna Sabah dan menyokong hak pengguna untuk mendapatkan maklumat yang telus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Aplikasi PriceCatcher kini menampilkan harga bagi 316 barangan keperluan utama, termasuk barangan segar, kering, berbungkus, produk bayi dan minuman, yang dikemas kini setiap hari, minggu, dan bulan.
Sehingga 31 Oktober 2025, aplikasi itu telah mencatat lebih 590,000 muat turun dengan purata 10,000 pelawat aktif seminggu, menjadikannya rujukan penting rakyat bagi merancang perbelanjaan harian.
KPDN turut menggalakkan lebih banyak pasar raya dan premis runcit menyertai inisiatif perkongsian data harga ini bagi memperkukuh jaringan strategik digitalisasi peruncitan di seluruh negara.