MALAYSIA
Dua pegawai badan berkanun ditahan SPRM Perak

SPRM Perak mengingatkan ketua jabatan agar memperkukuh sistem dan tatakelola kewangan masing-masing bagi mengelakkan penyelewengan serta memastikan integriti dalam pengurusan. - Gambar hiasan
IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah menahan dua pegawai badan berkanun di negeri berkenaan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran kira-kira RM45,000 bagi satu program di sebuah daerah.
Ringkasan AI
- Dua pegawai badan berkanun di Perak ditahan SPRM kerana disyaki bersubahat mengemukakan dokumen tuntutan palsu bernilai kira-kira RM45,000 bagi program yang tidak dilaksanakan.
- Kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
- SPRM Perak mengingatkan ketua jabatan agar memperkukuh sistem dan tatakelola kewangan masing-masing bagi mengelakkan penyelewengan serta memastikan integriti dalam pengurusan.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat mengemukakan dokumen tuntutan palsu untuk kelulusan bayaran kira-kira RM45,000 bagi sebuah program di bawah badan berkanun terbabit sedangkan program itu tidak dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau mengingatkan semua pihak khususnya ketua-ketua jabatan untuk memperkukuh sistem dan prosedur serta tatakelola di jabatan masing-masing dalam pengurusan kewangan bagi mengelakkan penyelewengan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami