awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit lepasi paras 4.04 berbanding dolar AS selepas OPR kekal pada 2.75 peratus
Kebakaran besar landa tapak kediaman menteri propaganda Nazi di Berlin
MOTAC, MOF bincang keperluan jaminan insurans untuk ejen pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai Imigresen disyaki langgar SOP pengeluaran pasport ditahan

Bernama
Bernama
22/01/2026
11:10 MYT
Dua pegawai Imigresen disyaki langgar SOP pengeluaran pasport ditahan
Tiga individu termasuk dua pegawai Imigresen ditahan menerusi dua operasi di Johor dan Sabah pada Isnin dan semalam, selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk dua pegawai Imigresen ditahan menerusi dua operasi di Johor dan Sabah pada Isnin dan semalam, selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian.

Ringkasan AI
  • Dua pegawai Imigresen di Johor dan Sabah ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian. Operasi termasuk tangkapan seorang lelaki memberikan perakuan palsu bagi mendapatkan Pasport Malaysia di Simpang Rengam, Johor.
  • Sindiket yang ditangkap menawarkan perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa secara dalam talian tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan, dengan bayaran RM12,000 setiap naskhah. Pemohon hanya perlu serahkan maklumat peribadi dan bayaran, tanpa perlu ke pejabat Imigresen.
  • Operasi menghasilkan tangkapan dua pegawai Imigresen dan merampas dua naskhah Pasport Malaysia Antarabangsa serta dokumen permohonan secara dalam talian. Individu yang ditahan, berusia antara 32 hingga 40 tahun, disyaki melanggar Akta Pasport 1966 dan disiasat di Pejabat Imigresen Negeri Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata menerusi serbuan di sebuah premis kediaman di Simpang Rengam, Johor, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kesalahan memberikan perakuan palsu bagi mendapatkan Pasport Malaysia.
Beliau berkata susulan penahanan itu, operasi diteruskan di Kota Kinabalu, Sabah yang membawa kepada penahanan dua lelaki masing-masing merupakan pegawai Imigresen yang dipercayai bertindak sebagai dalang utama dan "pemudah cara" kepada sindiket berkenaan.
"Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket ini menawarkan perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara dalam talian kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.
"Sindiket ini mempromosikan perkhidmatan mereka melalui media sosial dan pemohon hanya perlu menyerahkan maklumat peribadi serta gambar dengan keseluruhan urusan permohonan diuruskan sindiket dengan bayaran sebanyak RM12,000 bagi setiap naskhah PMA," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata pemohon juga tidak perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk pengambilan pasport sebaliknya, PMA yang telah siap akan dipos ke luar negara melalui perkhidmatan kurier kepada ejen terbabit.
Beliau berkata operasi terbabit ialah hasil risikan terperinci dan pemantauan berterusan selama hampir dua bulan itu turut merampas dua naskhah PMA serta dokumen-dokumen permohonan PMA secara dalam talian, yang dipercayai berkaitan secara langsung dengan aktiviti sindiket tersebut.
Zakaria berkata kesemua individu yang ditahan berusia antara 32 hingga 40 tahun itu, disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pasport 1966 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Johor dan Sabah bagi siasatan lanjut.
"Selain itu, seorang wanita warga tempatan dan seorang lagi pegawai Imigresen telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pegawai Imigresen
#ditahan
#penyalahgunaan kemudahan permohonan
#pasport Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan