awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai JPJ Perlis direman bantu siasatan kes rasuah sehingga RM88,000

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/03/2021
06:23 MYT
Dua pegawai JPJ Perlis direman bantu siasatan kes rasuah sehingga RM88,000
Suspek berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan jam 5 petang semalam di pejabat SPRM selepas dipanggil membantu siasatan. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Dua pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman bagi membantu siasatan menerima suapan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori.
Perintah reman selama tiga hari itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas suspek dibawa ke mahkamah hari ini.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Suzeliyana Hashim berkata, suspek berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan jam 5 petang semalam di pejabat SPRM selepas dipanggil membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan berkenaan sejak 2018 hingga 2019 dengan anggaran nilai suapan mencecah RM88,000.
Penahanan suspek adalah susulan daripada penahanan seorang lelaki berusia 33 tahun dua hari lalu di pejabat SPRM Perlis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.
Penahanan suspek adalah susulan daripada penahanan seorang lelaki berusia 33 tahun dua hari lalu di pejabat SPRM Perlis. - Foto Astro AWANI
Penahanan suspek adalah susulan daripada penahanan seorang lelaki berusia 33 tahun dua hari lalu di pejabat SPRM Perlis. - Foto Astro AWANI
Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan penahanan 32 anggotanya kerana disyaki terlibat rasuah dalam Operasi Sukat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
JPJ dalam kenyataannya memaklumkan tindakan itu adalah hasil kerjasama rapat antara pihaknya dan SPRM dalam usaha memastikan jabatan berkenaan sentiasa bersih daripada sebarang elemen salah guna kuasa serta gejala rasuah yang mengakibatkan ketirisan kepada hasil negara.
Rasuah | SPRM tahan 32 pegawai JPJ di lima negeri
Topic Berkaitan
#SPRM
#JPJ
#Kedah
#Operasi Sukat
#pegawai JPJ
#Rasuah
#ambil suapan
#JPJ Perlis
#Kangar
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Pengarah SPRM Perlis
#Suzeliyana Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan