Dua peguam Najib Razak tarik diri

Azyyati Ahmad
Mei 21, 2018 16:54 MYT
Harpal Singh mengesahkan beliau dan M. Athimulan telah menarik diri daripada mewakili Najib dalam siasatan kes 1MDB. - Gambar fail
Datuk Harpal Singh Grewal malam ini mengesahkan beliau dan M. Athimulan menarik diri dari pasukan guaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau memaklumkan bahawa tempat mereka berdua akan diambil alih oleh bekas peguam cara negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan enam lagi peguam dalam pasukannya.
"Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menarik diri dari mewakili anak guam saya Datuk Seri Najib, begitu juga dengan M. Athimulan.
"Mulai sekarang, saya tidak lagi terlibat dengan kes ini," katanya pendek.
#1MDB #Harpal Singh Grewal #Langgak Duta #M Athimulan #Mohd Yusof Zainal Abiden #Najib Razak #peguam Najib #rumah Najib #SPRM #Taman Duta