MALAYSIA

Dua pekerja kontraktor maut, tiga cedera kren angkat arang batu runtuh di Pontian

Bernama 13/12/2025 | 10:00 MYT
15 anggota termasuk daripada BBP Pekan Nenas dikejarkan ke lokasi kejadian. Mangsa maut, Muhammad Amaluddin (kiri) dan Muhammad Alfarid (kanan). - Foto JBPM
JOHOR BAHRU: Dua pekerja kontraktor maut manakala tiga lagi cedera, selepas sebuah kren mengangkat arang batu, runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian hari ini.


Ringkasan AI
  • Dua pekerja kontraktor maut dan tiga cedera selepas kren runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian.
  • Mangsa yang meninggal ialah Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, manakala tiga lagi cedera.
  • Runtuhan menyebabkan kebakaran kecil yang berjaya dikawal dan dipadamkan bersama Pasukan Tindak Balas Kecemasan Malakoff.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat berkata dalam kejadian sekitar 1 tengah hari tadi, mangsa yang maut merupakan warga tempatan iaitu Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan sekitar jam 3 petang dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Tiga lagi mangsa lelaki warga tempatan yang cedera telah dibawa ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahadir berkata 15 anggota termasuk daripada BBP Pekan Nenas dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi turut dibantu Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) Malakoff.

Beliau berkata runtuhan tersebut turut menyebabkan kebakaran kecil, namun berjaya dikawal dan dipadamkan bersama pihak ERT Malakoff.

-- BERNAMA









#pekerja kontraktor maut #kren runtuh #arang batu #Pontian #terkini