MALAYSIA
Dua pelajar cederakan rakan dikenakan bon berkelakuan baik
Majistret Mohamad Azlan Basri mengeluarkan perintah itu terhadap dua pelajar lelaki berusia 15 tahun dari sebuah sekolah menengah di daerah ini, dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup. - Foto hiasan
SUNGAI PETANI: Dua pelajar Tingkatan Tiga dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap rakan sekolah mereka pada Julai lepas.
Majistret Mohamad Azlan Basri mengeluarkan perintah itu terhadap dua pelajar lelaki berusia 15 tahun dari sebuah sekolah menengah di daerah ini, dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun di dewan sekolah pada 12.15 tengah hari, 21 Julai lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Bagi pesalah berumur bawah 18 tahun, hukuman boleh dikenakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 sebagai langkah pemulihan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor manakala kedua-dua pelajar itu tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini cedera di bahagian mata selepas dipercayai ditumbuk rakan sekolahnya sehingga menyebabkan lebam dan muntah.
-- BERNAMA