awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2023
03:30 MYT
Dua pelajar ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Wan Mohd Zahari (dua, kiri) melakukan pemeriksaan ke atas penunggang yang ditahan dalam Ops Bersepadu Luaran Samseng Jalanan BSPT IPD Kuantan pada Sabtu dan Ahad lalu. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Dua pelajar ditahan dalam Op Bersepadu Luaran Samseng Jalanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sekitar daerah ini pada Sabtu dan Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pelajar itu ditahan mengikut Seksyen 108 (3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana motosikal ditunggangnya didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Manakala seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
"Dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC yang digunakan pelajar berusia 18 tahun itu turut disita," katanya.
Katanya, operasi yang terbahagi kepada tiga fasa utama itu membabitkan 58 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Hasil operasi itu, polis mengeluarkan 202 saman atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, kesalahan tertinggi melibatkan kesalahan nombor pendaftaran dengan 42 kes diikuti lesen memandu (33), ubah suai (25), tiada cermin sisi (25), ubah suai ekzos (24), topi keledar (21), cukai jalan (9), insurans (7), penunggang bawah umur (3) dan lain-lain kesalahan (13).
"Dalam operasi sama, JPJ Pahang telah melakukan pemeriksaan ke atas 171 kenderaan dan enam notis arah periksa dikeluarkan.
"Turut dikeluarkan enam notis PG1 (arahan kembalikan motosikal diubah suai kepada keadaan asal) dan 18 saman atas pelbagai kesalahan manakala JAS mengeluarkan 12 notis dan 11 kompaun atas kesalahan ekzos bising hasil pemeriksaan ke atas 33 kenderaan dalam operasi itu," katanya.
Beliau berkata, operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Op Samseng Jalanan
#pelajar ditahan
#Wan Mohd Zahari Wan Busu
#polis Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan