MALAYSIA
Dua pelajar IPG mati lemas di Setiu
Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, Muhammad Hazmi cuba menyelamatkan rakannya, Adam Arief yang lemas di sungai berkenaan. - Gambar hiasan/Unsplash
BANDAR PERMAISURI: Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Nerus ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir di Sungai Dusun Warisan, Jalan Pelong dekat Kampung Basong, di sini hari ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Dris berkata dua mangsa lemas itu ialah Muhammad Hazmi Othman dari Sungai Petani, Kedah dan Adam Arief Jazlansanadi dari Kuala Lumpur, masing-masing berusia 19 tahun.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, Muhammad Hazmi cuba menyelamatkan rakannya, Adam Arief yang lemas di sungai berkenaan.
"Sebelum kejadian dikatakan Adam Arief berada di atas batu sebelum dia dipercayai tergelincir dan cuba berpaut pada rakannya dan kemudian Muhammad Hazmi terjun ke sungai untuk cuba menyelamatkan Adam Arief, namun dia juga lemas kerana air berpusar.
"Mayat Muhammad Hazmi terlebih dahulu dijumpai oleh penduduk kampung pada 12.05 tengah hari diikuti oleh mayat Adam Arief yang ditemukan 50 minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Zain berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Beliau berkata kedua-dua mangsa adalah sebahagian daripada 24 pelajar IPG yang sedang melakukan program di sungai terbabit.
Beliau berkata siasatan awal polis tidak menemukan unsur-unsur jenayah, dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua pelajar lemas di Sungai Dusun Warisan, Kuala Nerus; identiti mangsa ialah Muhammad Hazmi Othman dan Adam Arief Jazlansanadi, usia 19 tahun.
- Muhammad Hazmi cuba menyelamatkan Adam Arief yang lemas sebelum kedua-dua mangsa ditemui lemas; kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- Siasatan polis tidak menemui unsur jenayah dalam kejadian tersebut; kedua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.