Dua pelajar mati lemas dihanyut ombak besar

Astro Awani
April 14, 2014 23:29 MYT
Gambar Hiasan
Dua pelajar Sekolah Menengah Seri Paka di Dungun mati lemas ketika sedang bermandi-manda di sebuah pantai berhampiran sebuah chalet kira kira jam 5:10 petang Isnin.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Solihin Zaki dan Khairul Ikhwan Rochim,
Manakala tiga lagi rakan mangsa yang turut sama ketika kejadian terselamat.
Mangsa dipercayai dihanyutkan ombak besar yang melanda secara tiba-tiba.
#Dungun #lemas #Paka #terengganu