MALAYSIA
Dua pelajar terlibat kes rogol, rakam video dituduh pagi ini
Menurut sumber, enam pertuduhan akan dikenakan terhadap suspek juvana itu mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan. - Gambar hiasan
MELAKA: Dua daripada empat pelajar lelaki yang didakwa terlibat kes merogol pelajar Tingkatan Tiga dan turut merakam dalam kelas akan dituduh di Mahkamah Alor Gajah pada pagi ini.
Difahamkan pada pagi ini hanya dua suspek berusia 17 tahun dan merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibawa ke mahkamah bagi pertuduhan itu.
Sumber berkata, enam pertuduhan yang akan dikenakan terhadap suspek juvana itu mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.
"Satu lagi di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas perbuatan amang seksual fizikal.
"Kedua-dua mereka akan berdepan tiga pertuduhan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun namun tidak melebihi 30 tahun dan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan SPM bulan depan direman enam hari selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sebuah sekolah di sini minggu lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar S R Arthana di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan.
Dipercayai kejadian rogol bergilir-gilir tersebut berlaku sekitar jam 2.50 petang pada 2 Oktober dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah dan perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.
Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis. - Sinar Harian