MALAYSIA
Dua pelajar tingkatan satu maut, motosikal rempuh MPV ketika ke sekolah
Kedua-dua mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan. - Gambar/ Sinar Harian
BESUT: Dua pelajar tingkatan satu maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Bukit Kluang, di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kedua-dua mangsa, Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli dan Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, masing-masing berusia 13 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa menunggang dan membonceng motosikal jenis Yamaha Y16ZR.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta jenis Nissan Serena dipandu seorang wanita keluar dari simpang untuk membelok ke kanan menuju ke tempat kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG).
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah Bukit Kluang menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah telah melanggar bahagian hadapan kereta berkenaan.
"Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Air Tawar meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Azamuddin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Sidiq Omar di talian 011-3170 2709.
Azamuddin turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Polis mengingatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen kerana ia membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Selain itu, pemakaian topi keledar perlu diberi penekanan kepada semua penunggang motosikal, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah," katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Dua pelajar tingkatan satu maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah MPV jenis Nissan Serena di Jalan Bukit Kluang sekitar jam 7.30 pagi Selasa.
- Mangsa, Wan Mohamad Shahronny dan Nik Aqil Faizin, masing-masing berusia 13 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
- Polis menasihatkan ibu bapa agar tidak membenarkan anak bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen serta menekankan kepentingan pemakaian topi keledar; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.