awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelan tindakan kecemasan secara serentak atasi paip bocor Sungai Perai

Bernama
Bernama
24/01/2024
13:30 MYT
Dua pelan tindakan kecemasan secara serentak atasi paip bocor Sungai Perai
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bercakap pada sidang media berhubung gangguan bekalan air hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang telah mengarahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk melaksanakan dua pelan tindakan kecemasan secara serentak bagi memulihkan semula bekalan air kepada 120,000 pengguna terjejas secepat mungkin.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata mesyuarat Exco hari ini telah membuat ketetapan supaya kerosakan paip di dasar Sungai Perai, Butterworth dekat sini dibaiki segera, dan dalam masa sama kerja-kerja paip baharu merentangi Sungai Perai dipercepat.
"Sebanyak 120,000 pengguna air di kawasan Barat Daya dan sebahagian pengguna di Timur Laut perlu bersedia berdepan gangguan bekalan air hingga 30 Jan ini sekiranya operasi pembaikan paip bawah air yang bocor di Sungai Perai gagal.
"Pada masa ini, operasi pelan A iaitu kerja-kerja mengapit semula lubang 1.15 m x 0.65 m pada bahagian saluran paip bawah air 1,350 milimeter (mm) yang bocor sedang dijalankan oleh pasukan pakar penyelam sejak malam semalam.
"Pelan A untuk mengapit semula itu ialah penyelesaian sementara untuk 'menunggu' sehingga siap kerja-kerja persediaan di tapak untuk pengoperasian 2 saluran paip 600 mm baharu bagi menggantikan saluran paip di dasar Sungai Perai terbabit," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sambutan Thaipusam di Jalan Macalister di sini hari ini.
Chow berkata jika pelan A berjaya, 84 peratus pengguna yang terjejas bekalan air akan mula menerima semula bekalan menjelang 8 pagi Jumaat ini, manakala bakinya pada 8 pagi Sabtu.
Sekiranya pelan itu gagal, beliau berkata pelan B iaitu kerja-kerja saluran paip 600 mm baharu yang sedang dijalankan dan sepatutnya siap pada 2 Feb perlu dilaksanakan segera dan harus siap sepenuhnya pada 29 Jan ini.
"Kita hanya akan mengetahui sama ada pelan A itu berjaya atau tidak pada 4 petang esok, jika masih gagal membaiki kebocoran paip yang berlaku semalam, PBAPP akan meneruskan pelan B dan pengguna akan mengalami gangguan air selama tujuh hari iaitu hingga Rabu depan (31 Jan) sebelum terima bekalan air bermula 1 Feb (Khamis)," katanya.
Chow berkata setelah pelan B siap, tiada lagi risiko atau ancaman kepada perkhidmatan bekalan air di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan berkaitan Sungai Perai.
Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai semalam merupakan kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lepas dan 12 Jan.
Berikutan beberapa kejadian paip bocor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, dan kerja pemasangan paip sementara itu dijangka siap pada 2 Feb, dan berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan sementara menunggu projek baharu penggantian paip kekal di dasar Sungai Perai siap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#paip bocor
#sungai perai
#Chow Kon Yeow
#PBAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan