IPOH: Perak FC mengesahkan dua tonggak import dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Raianderson telah meninggalkan pasukan itu melalui surat penamatan kontrak yang dihantar kepada pihak pengurusan kelab dua hari lepas.
Ketua jurulatihnya Chong Yee Fatt berkata, meskipun agak mengejutkan beliau sudah dapat menjangkakan keputusan itu selepas kedua-dua pemain enggan beraksi dalam perlawanan menentang Terengganu dengan alasan mengalami kecederaan.
"Dalam tiga atau empat hari sebelum ini memang saya ada dengar desas-desus mereka nak keluar daripada pasukan. Tapi saya tidak ambil kisah sebab mereka masih menjalani latihan dengan pemain lain.
"Tiba-tiba bila kita hendak ke Terengganu, mereka kata tidak mahu main sebab cedera dan lepas kami balik, pihak pengurusan beritahu saya kedua-dua pemain sudah hantar surat penamatan kontrak," katanya pada sidang media di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Sebelum ini, desas-desus kedua-dua pemain tersebut meninggalkan pasukan hangat diperkatakan di beberapa laman sosial rasmi penyokong The Bos Gaurus selepas tidak beraksi ketika Perak dibelasah Terengganu 0-5 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 24 Julai.
Leandro, 35, yang beraksi di posisi tengah telah bersama The Bos Gaurus sejak 2017 manakala Rainderson, 26, atau dikenali sebagai Careca merupakan pemain di bahagian serangan dan mula menabur bakti pada 2019.
Chong berkata ketiadaan kedua-dua pemain itu satu tamparan kepada pasukan memandangkan khidmat mereka amat ditagih bagi memastikan The Bos Gaurus berjaya melakar keputusan yang lebih positif.
"Memang tertekan lebih-lebih lagi dengan kedudukan kita yang masih berada sedikit di atas zon penyingkiran. Dengan kejadian ini, ditambah pula beberapa pemain tempatan yang masih tidak boleh bermain, situasi kita jadi lebih rumit," katanya.
Bagaimanapun beliau tetap tidak akan menyerah kalah selain mengharapkan pemain terus fokus dan menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan misi untuk kekal dalam Liga Super berjaya direalisasikan.
"Masih ada masa, masih ada beberapa perlawanan lagi. Saya harap pemain kekalkan komitmen, saya yakin misi kita untuk kekal (dalam Liga Super) akan berjaya," katanya.
Dalam aksi Liga Super 2021 di Stadium Perak malam tadi, Perak FC dan Kuala Lumpur City FC berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
Leandro (kiri) yang beraksi di posisi tengah telah bersama The Bos Gaurus sejak 2017 manakala Rainderson, atau dikenali sebagai Careca merupakan pemain di bahagian serangan dan mula menabur bakti pada 2019.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pramusim: Perak FC benam Geylang di Ipoh
Meskipun terlalu awal untuk menilai, namun keputusan malam tadi pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Penjaga gol JDT sah sertai Perak
Kehadirannya ke Perak FC mempunyai misi tersendiri selain mahu membantu pasukan baharunya itu mengharungi musim baharu dengan lebih baik.
Belum ada kata putus venue Perak FC
Kerajaan negeri akan berbincang dengan semua pihak berkaitan bagi menentukan venue terbaik untuk perlawanan Liga Super itu.
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Perak FC sambar Kaka
Perak FC berjaya mendapatkan pemain tengah pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Nur Azfar Fikri Azhar bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.
Bola sepak: The Bos Gaurus 'sambar' Tommy Mawat
Perak FC berjaya mendapatkan khidmat bekas bek kiri Negeri Sembilan FC Tommy Mawat Bada.