MALAYSIA
Dua pemandu jentera berat maut dalam kemalangan di ladang Kuala Krai
Kiri: Buldozer yang dikendalikan mangsa warga tempatan di Ladang Bonanza Laloh, Kuala Krai. Kanan: Mangsa warga Thailand maut di Ladang Dabong akibat dihempap jentolak. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Dua pemandu jentera berat maut dalam dua kejadian berasingan ketika melakukan kerja pembersihan di ladang sekitar Kuala Krai semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, polis menerima aduan kejadian pertama kira-kira jam 2.50 petang membabitkan mangsa warga Thailand berusia 49 tahun.
Menurut beliau, ketika kejadian di Ladang Dabong di Kilometer (KM) 27 Jalan Sungai Sam - Dabong, lelaki berkenaan mengendalikan sebuah jentolak.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bekerja di ladang itu memandu jentolak di kawasan lereng bukit untuk pergi berehat.
“Namun, jentera berkenaan dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam cerun, mengakibatkan mangsa tercampak keluar sebelum dihempap oleh jentera tersebut,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang dikeluarkan dengan bantuan sepasukan bomba disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal jentera itu sehingga terjatuh ke dalam cerun," katanya.
Sementara itu, Mazlan memberitahu, laporan kejadian kedua diterima kira-kira jam 3.30 yang berlaku di kawasan Ladang Bonanza Laloh Kuala Krai membabitkan sebuah buldozer.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang juga warga tempatan berusia 59 tahun sedang memandu jentera itu untuk melakukan kerja-kerja membuat teres.
Jelas beliau, ketika itu buldozer berkenaan gagal dikawal dan dipercayai tergelincir dari laluannya mengakibatkan mangsa jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter.
Akibat kejadian itu katanya, mangsa tersepit dalam jentera tersebut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09 9666222," katanya. - Sinar Harian