awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemilik syarikat didenda RM50,000 palsukan dokumen

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/08/2022
06:25 MYT
Dua pemilik syarikat didenda RM50,000 palsukan dokumen
Tertuduh Mohd Rumzan Othman (kiri) dan Anuar Abdul Aziz (kanan) mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen dalam permohonan tender pembersihan tiga tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini memerintahkan dua pemilik syarikat membayar denda RM50,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen dalam permohonan tender pembersihan tiga tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan, Hakim Harmi Thamri Mohamad ke atas tertuduh, Mohd Rumzan Othman, 68, dan Anuar Abdul Aziz, 39, sebaik membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Rumzan didakwa menggunakan dokumen palsu penyata akaun Maybank Islamic milik syarikat MRR Enterprise untuk bulan Oktober hingga Disember 2018 bagi mendapatkan tender projek di Pejabat E-Idaman Sdn Bhd antara 16 hingga 22 Januari 2019.
Manakala pertuduhan kedua, Mohd Rumzan didakwa dengan curang menggunakan dokumen palsu penyata akaun Maybank Islamic milik syarikat Hanna Niaga Enterprise untuk bulan Oktober hingga Disember 2018 bagi permohonan tender pembersihan di Wisma Idaman, Environment Idaman (Kedah & Perlis) pada 19 Januari 2019.
Sementara bagi pertuduhan berasingan, Anuar didakwa secara curang menggunakan dokumen palsu penyata akaun CIMB milik syarikat LJ Maju Sdn Bhd untuk bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender pembersihan di Wisma Idaman, Environment Idaman (Kedah & Perlis) pada 21 Januari 2019.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan bagi kesemua pertuduhan dimana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian memutuskan kedua-dua tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM50,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Kedua-dua tertuduh kemudian membayar denda berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.
Topic Berkaitan
#pemilik syarikat
#didenda
#palsukan dokumen
#Mahkamah Sesyen Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan