awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemuda maut, kereta terbabas di LPT2

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
13/10/2017
01:24 MYT
Dua pemuda maut, kereta terbabas di LPT2
Menurut polis, rempuhan mengakibatkan kenderaan mangsa remuk teruk manakala enjin turut tercampak keluar. - Foto JBPM Terengganu
Dua pemuda maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di kilometer 258 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 2.50 pagi itu, Mohamad Zaiful Azlan Embong, 33, dan Mohamad Nazrul Afda Mat Amin, 21, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian terbabit.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang berasal dari daerah Marang itu sedang dalam perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu menuju ke arah Kuantan.
"Kejadian berlaku di satu laluan lurus manakala keadaan jalan ketika itu basah akibat hujan dan keadaan trafik lengang di lebuh raya tersebut," katanya.
Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Persona yang dipandu oleh Mohamad Zaiful Azlan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke ke kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan.
"Rempuhan mengakibatkan kenderaan mangsa remuk manakala enjin tercampak keluar.
"Pemandu kereta juga terhumban beberapa meter dari keretanya semenatar rakannya tersepit di bahagian hadapan tempat duduk," katanya.
Menurut beliau lagi sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit 10 minit kemudian.
"Kedua - dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan," katanya.
Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Kes kini disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Kemaman
#Kuala Terengganu
#LPT2
#maut
#meninggal dunia
#Pantai Timur
#polis
#Proton
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan