awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman

Bernama
Bernama
07/09/2024
03:45 MYT
Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua suspek kes dera di sebuah taska di Kampung Raja dibawa ke Mahkamah Sesyen Besut untuk permohonan reman hari ini. - Gambar/ Bernama
JERTIH: Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata tempoh reman hingga Khamis (12 Sept) ke atas kedua-dua suspek itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Fadhli Mahmud.
"Reman terhadap suspek berusia 26 dan 50 tahun itu bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.
"Buat masa ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menerima laporan daripada seorang wanita pada petang Khamis mengenai dua anaknya masing-masing lelaki berusia tiga tahun dan perempuan berumur setahun didera di taska terbabit.
Abdul Rozak berkata ibu kanak-kanak berkenaan mengetahui kejadian itu selepas diberitahu dan ditunjukkan video oleh seseorang petang semalam.
"Siasatan awal mendapati mangsa kanak-kanak lelaki mempunyai satu kesan bengkak kecil di dahi manakala adik perempuannya terdapat satu kesan cubit," katanya dalam kenyataan semalam.
Siasatan awal mendapati taska berkenaan mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes dera
#pengasuh taska
#Kanak-kanak
#Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan