MALAYSIA
Dua penjawat awam di Perlis direman bantu siasatan salah guna jawatan
Kedua-dua suspek, masing-masing Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir Kanan, ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis.
KANGAR: Dua penjawat awam di sebuah jabatan di Perlis direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna jawatan membabitkan perolehan kerajaan negeri bernilai hampir RM100,000.
Ringkasan AI
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kedua-dua lelaki itu ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis, masing-masing pada kira-kira 2 petang dan 10 malam, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pagi ini untuk permohonan reman.
Beliau berkata permohonan reman terhadap Penolong Pegawai Tadbir berusia 36 tahun dan Pembantu Tadbir Kanan berusia 42 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Nurshahida Abdul Rahim.
"Kedua-dua suspek dipercayai terlibat dengan salah guna kuasa melibatkan perolehan kerja di jabatan tersebut, antaranya perkhidmatan mencuci karpet bagi jabatan berkenaan dari tahun 2020 hingga 2024," katanya.
Sementara itu Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalahguna jawatan untuk kepentingan peribadi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua penjawat awam di sebuah jabatan di Perlis direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa melibatkan perolehan kerajaan negeri hampir RM100,000, termasuk perkhidmatan mencuci karpet dari tahun 2020 hingga 2024.
- Kedua-dua suspek, masing-masing Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir Kanan, ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar untuk permohonan reman.
- SPRM mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalahguna jawatan untuk kepentingan peribadi.