awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penjawat awam didenda RM1,500 kerana berjudi di tempat terbuka

Bernama
Bernama
27/02/2017
14:49 MYT
Dua penjawat awam didenda RM1,500 kerana berjudi di tempat terbuka
Dua penjawat awam masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan bermain judi. - Gambar hiasan
Dua penjawat awam masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan bermain judi di tempat terbuka, tahun lepas.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhamad Safwan Musa, 21, dan Idris Mohd Adnan @ Che Omar, 26, kerana bermain judi di sebuah rumah perjudian terbuka di Wangsa Maju, di sini pada 30 Dis 2016.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Terdahulu kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mereka menanggung keluarga manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#judi
#penjara
#Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan