awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penjenayah tak sempat pecah rumah mati ditembak

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2023
02:15 MYT
Dua penjenayah tak sempat pecah rumah mati ditembak
Lokasi kejadian dua penjenayah mati ditembak di Taman Supreme, Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dua penjenayah dipercayai warga asing mati ditembak di Taman Supreme, Cheras di sini sebelum sempat melakukan pecah rumah pada Khamis.
Kegiatan suspek itu dikesan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas menerima laporan pergerakan empat lelaki mencurigakan kira-kira jam 3.30 pagi.
Empat suspek yang mengesan kehadiran polis kemudian bertindak menyerang anggota dengan bersenjatakan parang.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua penjenayah berusia lingkungan 30-an itu ditembak mati selepas cuba melarikan diri di kawasan semak berhampiran manakala dua lagi meloloskan diri.
Katanya, pemeriksaan menemui beberapa peralatan pecah rumah seperti pemotong besi.
"Kita sedang giat mengesan dua lagi lelaki yang melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Khamis.
Beliau berkata, mayat dua lelaki itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.
Kata Mohd Shuhaily, pihaknya masih melakukan semakan mengenai penglibatan suspek dalam kes pecah rumah.
“Kita akan buat siasatan lanjut untuk kenal pasti identiti mereka bagi mengesan sama ada terlibat dengan kes-kes lain atau tidak," ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjenayah
#pecah rumah
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan