MALAYSIA
Dua pensyarah, pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu berkaitan pembekalan perisian
Hakim membenarkan Anuar dan Shahrul Nizam masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Wee dikenakan jaminan RM15,000 dan menetapkan 9 Dis depan untuk serahan dokumen. - Gambar hiasan
KANGAR: Dua pensyarah sebuah universiti bersama seorang pemilik sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung pembekalan perisian serta perkhidmatan berkaitan berjumlah RM490,000, empat tahun lepas.
Anuar Mat Safar, 54, dan Shahrul Nizam Yaakob, 45, yang bertugas di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta Jonathan Wee Heng Chye, 51, dituduh dengan niat memberikan satu dokumen dengan butiran palsu kepada Penolong Akauntan Jabatan Bendahari UniMAP bertujuan memperdayakan jabatan itu.
Dokumen terbabit iaitu Invois Syarikat Interstream Sdn Bhd, berkaitan membekal, menghantar, memasang, mengujilari dan mentauliah perisian blockchain integrity platform E-verifikasi serta perkhidmatan berkaitan berjumlah RM490,000.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, UniMAP antara 24 Dis 2020 hingga 17 Feb 2021.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi,
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Perlis S. Sujatha manakala peguam Zuhair Ahmad Zakuan mewakili kedua-dua pensyarah terbabit sementara pemilik syarikat itu pula diwakili oleh Shahidah Muslimah Roslan.
Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi membenarkan Anuar dan Shahrul Nizam masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Wee dikenakan jaminan RM15,000 dan menetapkan 9 Dis depan untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA