awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penunggang maut motosikal bertembung

Bernama
Bernama
06/04/2025
13:30 MYT
Dua penunggang maut motosikal bertembung
Mohd Khairi berkata mayat kedua-dua penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat manakala pembonceng yang cedera parah pada kaki dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. - Gambar IPD Tumpat
KOTA BHARU: Dua penunggang maut selepas motosikal mereka bertembung di Jalan Kutan, Tumpat, semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kemalangan kira-kira 12.15 tengah malam itu melibatkan motosikal dinaiki remaja berusia 17 tahun bersama pemboncengnya berusia 16 tahun dengan seorang lagi penunggang iaitu lelaki berusia 53 tahun.
"Siasatan awal mendapati penunggang remaja bersama pemboncengnya dari arah Pasir Pekan ke Pasir Mas itu melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan sambil memotong sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggang lelaki berusia 53 tahun terbabit.
"Akibatnya kedua-dua penunggang motosikal telah terjatuh di lokasi kemalangan dan cedera parah pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat kedua-dua penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat manakala pembonceng yang cedera parah pada kaki dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Kemalangan itu katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#bedah siasat
#penunggang motosikal
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan