Dua pesawat Jupiter Indonesia terhempas, juruterbang selamat

Astro Awani
Mac 15, 2015 07:32 MYT
Dua pesawat KT-13 terhemas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA 15. Gambar: Kelab Penyokong Tentera Udara Diraja Malaysia
Dua pesawat KT-13 dari Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA ’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sebentar tadi.
Kejadian disahkan di laman Twitter Kelab Penyokong Tentera Udara Diraja Malaysia, @myTUDM.
Ia turut melaporkan bahawa sehingga kini dua juruterbang pesawat tersebut disahkan selamat setelah menggunakan kerusi anjal.
Dua juruterbang disahkan selamat menggunakan kerusi anjal. -Gambar: Kelab Penyokong Tentera Udara Diraja Malaysia
#Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia #Jupiter Aerobatic Team