Dua pesawat penumpang bertembung di Lapangan Terbang Haneda Tokyo

Bernama
Jun 10, 2023 07:20 MYT
Lapangan terbang itu telah menutup landasan berdekatan lokasi kejadian dan tiada laporan mengenai kecederaan setakat kini. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Dua pesawat penumpang dilapor bertembung berhampiran jalan rayap di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Sabtu, menurut kementerian pengangkutan Jepun.
Penerbangan Thai Airways yang menuju ke Bangkok dan sebuah pesawat EVA Air bertembung di Landasan A Lapangan Terbang Haneda kira-kira jam 11.00 pagi waktu tempatan, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Menurut rakaman Tokyo Broadcasting System Television, kedua-dua pesawat itu masih berada di landasan.
Sebahagian sayap pesawat Thai Airways patah dan serpihannya dapat dilihat berhampiran landasan, menurut penyiar NHK.
Lapangan terbang itu telah menutup landasan berdekatan lokasi kejadian dan tiada laporan mengenai kecederaan setakat kini.
Beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa mengalami kelewatan susulan insiden itu.
-- BERNAMA
#pesawat bertembung #Tokyo #kemalangan pesawat #Haneda airport