awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia

Bernama
Bernama
14/08/2024
15:38 MYT
Dua pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan berkata segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.
"Ya. Diminta untuk tunggu hingga Jumaat ini, butiran akan dimaklumkan," katanya ringkas.
Pada 4 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat TUDM
#Mesir
#rakyat Palestin
#rawatan
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan