KLANG: Dua anggota polis cedera selepas diserang lelaki mabuk yang menceroboh sebuah rumah dalam kejadian di Batu 4 Jalan Kapar di sini pada awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pada jam 2.04 pagi, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.
"Dua anggota kereta peronda polis (MPV) IPD Klang Utara telah dihantar ke lokasi terbabit.
"Apabila sampai di lokasi, didapati lelaki yang menceroboh rumah terbabit berada di kediaman itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, semasa tangkapan hendak dibuat, lelaki terbabit bertindak agresif dan menyerang dua anggota polis berusia lingkungan 30 dan 50-an itu menggunakan batu.
"Tindakan suspek itu mengakibatkan seorang anggota polis mengalami lebam di kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat pergelutan.
"Suspek warga Sri Lanka berusia 36 tahun kemudian berjaya diberkas dan ujian saringan air kencing suspek negatif dadah," ujarnya.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk dan telah menceroboh masuk ke pekarangan rumah terbabit.
"Suspek kini ditahan di IPD Klang Utara untuk siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan," tegasnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 02 2022

Anggota polis cedera diserang lelaki mabuk di Jalan Kapar, Klang pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

Polis tahan bekas tentera kerana tetak polis
Polis menahan sorang bekas tentera yang bertindak menetak seorang Inspektor polis dengan dua bilah parang sehingga cedera, dalam satu kejadian di Kampung Batu Gajah, di Tanah Merah Isnin lepas.

Dua polis cedera diserang lelaki mabuk guna batu
Dua anggota polis cedera selepas diserang lelaki mabuk yang menceroboh sebuah rumah dalam kejadian di Batu 4 Jalan Kapar, Klang.

Dua polis cedera dilibas parang
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Lans Koperal cedera di tangan selepas terkena parang yang dilibas seorang suspek dipercayai penagih dadah.

Tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Trak sampah itu dilarikan dari pejabat Majlis Pentadbiran Mukim Langgar di Daerah Mayo, Pattani kira-kira sejam sebelum kejadian.

Anggota polis cedera MPV iring MB Johor terbabas, terbalik
Seorang anggota polis cedera selepas kereta peronda polis (MPV) dipandunya terlibat dalam kemalangan dan terbalik di Kilometer (km) 76 Jalan Johor Bahru- Mersing di sini, pagi tadi.

Anggota polis parah dirempuh pemandu positif dadah
Dalam kejadian jam 1.53 pagi itu mangsa, Lans Koperal Meor Mohd Asri, 33, mengalami patah kaki kanan, cedera di kedua-dua belah tangan dan menerima sebanyak enam jahitan di kepala.

Pedih... Kulit leher tersiat, dihiris tali layang-layang melintang di jalan
Penjawat awam itu sedang menunggang motosikal dari Hospital Bukit Mertajam menuju ke IPD Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Dua polis cedera, penyeludup ketum rempuh kereta pengiring Menteri Pelancongan
Dua anggota polis cedera dirempuh oleh kenderaan penyeludup ketum yang sedang dalam perjalanan ke tembok sempadan.

Anggota polis cedera dirempuh 10 motosikal
Sebelum serbuan, ramai orang berkumpul di kawasan tersebut sambil menunjukkan aksi berbahaya.

Anggota polis cedera dilanggar remaja mabuk rempuh sekatan jalan raya
Suspek seorang remaja berusia 18 tahun dipercayai baru balik dari rumah kawannya yang tidak jauh dari SJR berkenaan.