awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua polis maut kereta peronda terbabas di LPT

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
23/10/2018
11:08 MYT
Dua polis maut kereta peronda terbabas di LPT
Kemalangan dipercayai berlaku akibat keadaan jalan yang licin memandangkan cuaca semasa itu hujan dan lokasi kejadian baharu melepasi selekoh. - Foto ihsan PDRM
Dua anggota polis maut selepas kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) yang dinaiki mereka melanggar penghadang jalan sebelum terbabas di Kilometer 183 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu mengakibatkan mangsa Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Anak Edin, 23, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Difahamkan ketika kejadian MPV berkenaan sedang dalam perjalanan mengiringi kenderaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang membawa kertas peperiksaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, ketika sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terbabas ke dalam longkang sebelah kiri jalan.
"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa maut serta merta di tempat kejadian sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
"Ketika anggota bomba mendapati salah seorang mangsa berusia 50 tahun tercampak keluar daripada kenderaan manakala rakannya tersepit di tempat duduk.
"Kita berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit tidak lama kemudian sebelum disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.
Topic Berkaitan
#anggota polis maut
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#LPT
#mangsa
#Maran
#maut
#Pantai Timur
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan