awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang

Bernama
Bernama
25/03/2023
09:41 MYT
Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang
Dua PPS yang ditutup itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel. - Bernama
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 141 orang setakat 4 petang ini berbanding 263 orang pagi tadi ekoran penutupan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel.
SJKC Hua Min dan SA Seri Comel yang masing-masing dibuka sejak 5 Mac dan 17 Mac lepas, ditutup pada 4 petang tadi.
Dua lagi PPS menempatkan 37 keluarga masih beroperasi iaitu Dewan Orang Ramai Yong Peng (79 orang) dan Sekolah Kebangsaan Seri Medan (62 orang).
"Kawasan yang masih terjejas banjir di Yong Peng ialah Kampung Parit Lapis Bangas, Kampung Jalan Lama, Taman Melur, Kampung Parit Amil dan Taman Desa Suria.
"Di Sri Medan pula melibatkan Parit Yusof, Parit Haji Ahmad, Parit Warijo, Parit Bangas, Parit Sendayun dan Parit Seri Pasir," menurut kenyataan itu.
JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.95 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan hujan pada petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Batu Pahat
#banjir johor
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan