awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua premis makanan diarah tutup

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2023
03:50 MYT
Dua premis makanan diarah tutup
Operasi yang dijalankan adalah bagi memastikan peniaga di premis sewaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mematuhi syarat dan kebersihan ditetapkan. - Gambar Sinar Harian
HULU SELANGOR : Dua premis makanan di Bukit Sentosa, di sini, diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
MPHS dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, sebanyak empat kompaun dan lapan notis turut dikeluarkan dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.
Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah bagi memastikan peniaga di premis sewaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mematuhi syarat dan kebersihan ditetapkan.
“Keadaan premis uzur dan pengubahsuaian telah dilakukan di premis berkenaan. Status premis adalah gerai tetapi berubah kepada struktur bangunan premis,” kata MPHS dalam hantaran di laman Facebooknya.
Operasi yang disertai Unit Kawalan dan Penggredan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Bangunan turut mendapati seorang peniaga menjalankan perniagaan tanpa lesen.- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Majlis Perbandaran Hulu Selangor
#Bukit Sentosa
#premis makanan
#kebersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan