KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan dan penasihat global, Gartner meramal sebanyak 70 peratus perusahaan khususnya sektor peruncitan akan bereksperimentasi dengan teknologi imersif dalam perniagaan mereka bagi manfaat kepada pengguna dan pertumbuhan perniagaan.
Melihat perkara tersebut, Taylor’s University melancarkan dua program baharu dan pertama seumpamanya di Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Ruang Interaktif (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Pembinaan Digital Lestari sebagai usaha melahirkan graduan yang memenuhi permintaan pakar bagi teknologi dan digital masa hadapan.
Dekan Eksekutif Fakulti Inovasi dan Teknologi Taylor’s University, Profesor Dr. David Asirvatham berkata, program inovatif tersebut dilengkapi dengan fasiliti pusat pembelajaran realiti lanjutan (XR) masa depan bertaraf dunia di Asia Tenggara, Taylor’s Virtual Online Future Technology & Extended Reality (makmal VORTEX XR).
“Kami memperuntukkan pelaburan lebih RM1.2 juta bagi melengkapkan fasiliti XR bersama integrasi realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR) dan realiti campuran (MR). Ia membolehkan akses kepada peralatan realiti kehidupan sebenar terkini dan kemahiran khusus yang sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran penciptaan kandungan serta idea.
“Ia turut membolehkan capaian kepada reka bentuk dan pengalaman prototaip mengujakan selaras dengan usaha berterusan XR. Perkara ini menyokong langkah universiti dalam mengubah kurikulum dan pedagogi pembelajaran melalui gabungan kemahiran teknologi serta modul bersama keseluruhan pertumbuhan digital semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui pada majlis pelancaran dua program baharu tersebut di sini pada Khamis.
Pengkhususan Reka Bentuk Ruang Interaktif (Kepujian)
Makmal VORTEX XR menyokong semua pusat pengajian di Taylor’s University daripada fakulti hospitaliti dan seni bina kepada reka bentuk, undang-undang, komunikasi, perubatan, seni kulinari serta beberapa lagi.
Menurut David, pihaknya percaya bahawa program tersebut mampu memenuhi permintaan bakat digital dan mengisi jurang dalam kepakaran teknologi dengan melahirkan graduan berkemahiran dalam teknologi interaktif melalui program yang inovatif.
“Program ini menawarkan dua pengkhususan, Reka Bentuk Rumah Pintar dan Reka Bentuk Persekitaran Pintar yang mana para pelajar mempunyai tiga pilihan landasan pembelajaran untuk dipilih.
“Mereka boleh memilih untuk membuat latihan amali konvensional, pengalaman pembelajaran berasaskan kerja dengan rakan industri termasuk FrameMotion Studio Sdn. Bhd., Virtual X Malaysia dan HONOR atau mod teknousahawan dengan bimbingan inkubator permulaan usahawan Taylor’s University, BizPod,” ujarnya.
Program tersebut bakal melahirkan pereka, ahli teknologi dan usahawan teknologi yang bijak merekabentuk digital dalam merangsang pengalaman ruang mengasyikkan bagi ruang bandar, persembahan, muzium, galeri dan banyak lagi.
Pengkhususan Pengurusan Pembinaan Digital Lestari
Manakala bagi program Pengurusan Pembinaan Digital Lestari, ia direka dengan cemerlang untuk diselaraskan bersama piawaian kecekapan serta rangka kerja pendidikan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Institut Bangunan Bertauliah.
Program ini menawarkan dua pengkhususan iaitu Pembinaan Hijau dan Pembinaan Pintar.
Meskipun modul Pembinaan Pintar memperkenalkan teknologi melibatkan aplikasi internet benda (IoT), pemodelan maklumat bangunan termaju (BIM) dan realiti lanjutan dalam pembinaan, namun ia kekal menerapkan usaha pemuliharaan tenaga, pengurangan sisa dan kitar semula yang menekankan pendekatan kemampanan.
Pengkhususan bagi program baharu itu adalah selaras dengan Pelan Strategik Pembinaan 4.0 2021–2025 yang dibentangkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan berkaitan dengan Pembinaan 4.0, malah perniagaan hijau dijangka menyumbang sekitar RM60 bilion menjelang 2030 kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara.
Dengan membantu pelajar menerima transformasi IR4.0, program tersebut akan menggabungkan teknologi digital seperti pengimbasan laser, dron, kecerdasan buatan, AR dan percetakan 3D.
Taylor's University akan membuka pengambilan pelajar pertamanya bagi program baharu pada Mac 2023 dengan mempunyai dua pengambilan setiap tahun pada bulan Mac dan Ogos.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ijazah Sarjana Muda baharu tersebut, layari laman web rasmi di www.university.taylors.edu.my
Haikal Raman
Tue Jan 17 2023
Taylor's University melabur lebih RM1.2 juta bagi melengkapkan fasiliti XR bersama integrasi realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR) dan realiti campuran (MR).
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
MTDC komited kolaborasi dengan lebih banyak syarikat teknologi tinggi di Johor
Sambutan program itu di Selatan tanah air amat memberangsangkan dengan penyertaan lebih 200 peserta.
Dua program baharu Taylor's University, mempersiapkan graduan penuhi pasaran digital
Gartner meramal sebanyak 70 peratus perusahaan khususnya sektor peruncitan bereksperimentasi dengan teknologi imersif dalam perniagaan mereka bagi manfaat kepada pengguna dan pertumbuhan perniagaan.
Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara perlu diaplikasi kepada pelbagai industri - PM
Ismail Sabri berkata ia adalah selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seperti pertanian pintar, tenaga boleh baharu, industri halal dan teknologi perubatan.
RMK-12: Jangan biarkan R&D kita hanya ditayang di rak buku - Abdul Rais
Pembuatan dasar harus melibatkan lebih ramai ahli akademik yang melakukan R&D supaya realiti sebenar dapat diterjemah dalam pelaksanaan dasar.
Gudang robotik e-dagang pertama MR D.I.Y, pacu pertumbuhan syarikat
MR D.I.Y kini mencapai peningkatan sebanyak 200 peratus kecekapan operasi menerusi gudang robotik e-dagang pertamanya.
Perak tanam lebih 1.3 juta pokok
Menurut Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, usaha itu merupakan sebahagian projek yang dilaksanakan menerusi inisiatif 'GreenPrint' negeri.
Status rakyat Malaysia dipenjara di luar negara dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian), kepada Menteri Luar berhubung perkara itu.
Skim pembiayaan SME Bank terima anugerah, sokong usahawan teroka industri teknologi hijau
SME Bank diiktiraf bagi anugerah khas Pembiayaan Tenaga Lestari, kategori Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Industri Maritim berdepan cabaran dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0
Kehadiran teknologi digital yang lebih canggih ini telah memberi impak yang besar kepada ekosistem industri maritim.
KL Summit 2019: Serba Dinamik tawar penyelesaian teknologi, pacu pembangunan ummah
Cabaran IR4.0 menjadikan negara-negara Islam perlu meningkatkan tahap keupayaan teknologi mereka dalam ekonomi global yang tidak menentu disebabkan kemajuan teknologi yang dinamik.