Dua rakan maut sebelum sempat ambil SPM bulan depan

Bernama
Oktober 10, 2015 01:10 MYT
Treler itu yang dalam perjalanan dari Sitiawan menuju Teluk Intan berhenti di bahu jalan akibat tayar pecah.
Dua rakan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan maut apabila motosikal mereka melanggar belakang sebuah treler di Batu 10, Lekir di sini awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Ahmadi Muaz Ahmad Khairusaleh Al Helmi, 17, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Khairul Fitri Mohd Noor, 17, yang parah di kepala, paru-paru serta patah rusuk meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata treler itu yang dalam perjalanan dari Sitiawan menuju Teluk Intan berhenti di bahu jalan akibat tayar pecah.
#Ahmadi Muaz Ahmad Khairusaleh Al Helmi #Hospital Raja Permaisuri Bainun #kemalangan #Khairul Fitri Mohd Noor #Sijil Pelajaran Malaysia #treler