Dua rakyat Malaysia antara sembilan ditahan dalam pesta dadah di Bangkok

Bernama
Ogos 13, 2023 10:35 MYT
Polis Thailand menahan sembilan suspek sewaktu melakukan serbuan ke atas sebuah kediaman mewah, selepas menerima aduan daripada penduduk. - Gambar hiasan
BANGKOK: Polis Thailand menahan sembilan warga asing termasuk dua rakyat Malaysia, dalam satu pesta dadah di sebuah rumah mewah di daerah Saphan Sung, Bangkok.
Menurut Bangkok Post, lima lagi suspek merupakan warga China (tiga lelaki dan dua wanita), seorang lelaki Vietnam dan seorang lelaki dari Myanmar turut ditahan dalam serbuan pada petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bang Chan, Pol Kol Siwat Sriwichai berkata, polis melakukan serbuan ke atas kediaman mewah itu selepas menerima aduan daripada penduduk.
"Polis menemui ketamin dalam dulang buah-buahan, 24 tablet Erimin 5 (Nimetazepam), dan sepucuk pistol berisi lapan butir peluru," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Kesemua suspek didakwa bersubahat memiliki dadah Kategori 2, senjata, dan peluru.
-- BERNAMA
#pesta dadah #Bangkok #rakyat Malaysia #polis thailand