awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakyat Malaysia ditahan bawa masuk air ketum ke Singapura

Bernama
Bernama
22/12/2019
08:12 MYT
Dua rakyat Malaysia ditahan bawa masuk  air ketum ke Singapura
ICA berkata para pegawainya menjumpai botol itu di dalam lori yang didaftarkan di Malaysia yang mengangkut rasuk besi. - Foto ICA Singapura
Dua rakyat Malaysia ditahan kerana membawa masuk empat botol yang mengandungi cecair berwarna coklat dipercayai air ketum di pelabuhan Jurong pada 10 Dec lepas, menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).
Dalam laman Facebooknya hari ini, ICA berkata para pegawainya menjumpai botol itu di dalam lori yang didaftarkan di Malaysia yang mengangkut rasuk besi.
"Dua botol lain yang mengandungi sisa cecair yang serupa turut dijumpai. Botol tersebut tersembunyi di bawah dan di belakang kerusi pemandu, " menurutnya.
ICA menyatakan bahawa Ketum mengandungi 'Mitragynine' dan '7-Hydromitragynine', yang merupakan dadah terkawal Kelas A yang disenaraikan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Pengimportan mana-mana dadah terkawal Kelas A ke Singapura adalah suatu kesalahan yang, jika sabit kesalahan, membawa hukuman antara penjara minimum lima tahun dan lima sebatan, dan maksimum 30 tahun penjara dan 15 sebatan , menurutnya lagi.
"Kedua-dua rakyat Malaysia, berusia 35 dan 38 tahun itu kini ditahan. Kes ini telah dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat untuk siasatan lanjut, "kata ICA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air ketum
#Dadah
#ICA
#Pusat Pemeriksaan Singapura
#rakyat Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan