awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2019
13:25 MYT
Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing
Usaha mencari Tan dan Puah dilakukan rakan-rakannya, namun, gagal lalu salah seorang daripada rakannya membuat laporan di Balai Polis Rompin, Pahang pada 10.30 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
Dua warga Singapura dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di Perairan Endau, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintenden Mohd. Nor Mohd berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Tan Eng Soon, 62, dan Puah Geok Tin, 57 tahun.
"Mangsa yang juga seorang lelaki dan wanita itu gagal dikesan semasa menyertai aktiviti berkayak bersama 13 lagi peserta kayak yang kesemuanya adalah warga Singapura ketika melakukan aktiviti itu di pulau sekitar Endau.
"Mereka disyaki hilang antara Pulau Sri Buat di Perairam Pahang dan Pulau Mertang di Mersing.
"Dilaporkan mangsa terpisah dari kumpulan berkayak pada 5.40 petang pada khamis, akibat laut bergelora dan angin kencang.
"Laporan polis dibuat berkaian kehilangan mereka pada jam 10.30 pagi tadi (jumaat) selepas usaha mencari oleh pengadu dan rakan-rakan mangsa gagal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Nor operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua mangsa melibatkan anggota Balai Polis Endau, sebuah bot marin bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta sebuah bot kilat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang.
Topic Berkaitan
#APMM
#kayak
#orang hilang
#PDRM
#perairan mersing
#polis
#warga singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan