awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian

Bernama
Bernama
21/06/2021
09:53 MYT
Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian
Semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah.- Gambar hiasan
SHAH ALAM: Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di sebuah kondominium dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata mereka yang berusia 15 hingga 23 tahun itu ditangkap selepas polis menerima aduan orang awam berhubung sebuah unit yang disewa mengadakan aktiviti berkumpul beramai-ramai.
"Dua remaja perempuan berusia 15 tahun itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Klang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah.
"Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan ketujuh-tujuh individu itu ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Selain itu, kesemua lapan individu berkenaan turut dikompaun RM4,000 masing-masing kerana melanggar prosedur operasi standard di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Penyakit Berjangkit 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti persendirian
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Dadah
#i-city
#shah alam
#remaja
#bersekolah
#penyakit berjangkit
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan