awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja cedera motosikal dihempap pokok tumbang

Bernama
Bernama
20/12/2025
22:30 MYT
Dua remaja cedera motosikal dihempap pokok tumbang
Insiden melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal dinaiki dua remaja. - Foto JBPM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Dua remaja cedera ringan selepas motosikal dinaiki dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kejadian sekitar 7 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Insiden melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal dinaiki dua remaja, lelaki dan perempuan masing-masing berusia 17 dan 12 tahun, dengan kedua-dua mereka cedera ringan manakala lelaki berusia 64 tahun yang memandu Hilux tidak cedera.
"Kedua-dua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota di lokasi sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah membuat 'size up' di lokasi dan menjalankan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan sisa pokok tumbang menggunakan peralatan khas sebelum operasi ditamatkan pada 7.57 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#remaja
#dihempap pokok
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan