awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja ditahan, muat naik video kata kesat terhadap polis

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2023
05:44 MYT
Dua remaja ditahan, muat naik video kata kesat terhadap polis
Remaja berkenaan tidak berpuas hati setelah dikenakan tindakan saman dalam satu operasi trafik. Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang remaja lelaki mengeluarkan kata kesat terhadap polis.
BAGAN SERAI: Dua remaja lelaki ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, video berdurasi 39 saat itu memaparkan seorang remaja berusia 14 tahun tidak berpuas hati setelah dikenakan tindakan saman dalam satu operasi trafik di Ban Pecah, Tanjung Piandang.
"Perbuatannya itu dirakam dan dimuat naik oleh lelaki berusia 17 tahun sehingga tular di aplikasi TikTok.
"Polis melalui Bahagian Siasatan Jenayah kemudiannya melakukan tangkapan ke atas kedua-dua remaja itu bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, semakan lanjut kemudiannya mendapati, remaja berkenaan pernah ditahan sebelum ini bagi siasatan beberapa kesalahan jenayah.
Katanya, siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia serta tindakan sita ke atas sebuah motosikal di bawah Seksyen 64 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa boleh menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi memastikan tiada kesalahan lain dilakukan.
"Polis juga memberi peringatan bahawa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sentiasa menjalankan operasi bagi membendung gejala samseng jalanan yang menimbulkan keresahan dan gangguan kepada orang ramai," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hina polis
#Tular
#maki polis
#remaja ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan