awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja 'kait' wang tabung masjid ditahan

Bernama
Bernama
31/10/2019
07:28 MYT
Dua remaja 'kait' wang tabung masjid ditahan
Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan kerana disyaki mencuri wang tabung masjid. - Gambar hiasan
Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan sekumpulan jemaah Masjid Al-Falah, Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, awal pagi tadi kerana disyaki mencuri wang tabung masjid.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, remaja berkenaan dipercayai masuk ke masjid pada pukul 12.55 tengah malam tadi, bersama seorang lagi rakan yang dapat meloloskan diri daripada kepungan jemaah tersebut.
"Keterangan jemaah masjid mendakwa suspek masuk ke ruangan solat wanita dan terus ke tabung yang diletakkan di bahagian belakang sebelum dilihat seperti mengait wang di dalamnya.
"Jemaah masjid kemudiannya menyerbu kawasan itu dan menahan suspek bersama satu penyangkut baju yang diubah suai, beg silang serta wang tunai berjumlah RM109 sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Noor berkata, kedua-dua suspek yang berasal dari daerah ini juga didapati positif dadah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, jemaah masjid mula membuat intipan sejak Sabtu lepas ekoran kecurian semakin kerap berlaku termasuk sebuah tabung besi yang dilekatkan di pintu utama dilarikan selain pernah berlaku ada yang membuang air kecil di dalam tabung. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi tabung masjid
#Kuantan
#Masjid Al-Falah
#Pahang
#Perkampungan Sungai Isap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan