MALAYSIA
Dua remaja maut digilis lori
Dua pelajar perempuan tingkatan tiga maut digilis lori selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki mereka di Jalan Kuala Kangsar dekat Tasek, tengah hari tadi.
IPOH: Dua pelajar perempuan tingkatan tiga maut digilis lori selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki mereka di Jalan Kuala Kangsar dekat Tasek di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian 12.57 tengah hari itu, Nur Aleesya Alya Mohd Hasrizal dan Nur Alisa Maisara Aidil Azhar, kedua-duanya berusia 15 tahun, sedang menunggang sebuah motosikal dari Klebang menghala ke arah Ipoh.
"Ketika tiba di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan keduanya terjatuh ke atas permukaan jalan di lorong sebelah.
"Pada masa yang sama, sebuah lori yang sedang bergerak (hala yang sama) di laluan tersebut tidak sempat mengelak, lalu menggilis kedua mangsa yang berada di atas jalan, motosikal yang ditunggang mangsa menggelongsor dan terperosok masuk ke bawah sebuah lagi lori yang sedang berhenti di lorong kanan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kedua-dua lori tidak mengalami kecederaan.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERSAMA
TAG: kemalangan, maut, dua pelajar perempuan, IPD Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad