awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2025
07:45 MYT
Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Rakaman dashcam (atas) papar kereta Honda Jazz dipercayai dipandu laju ketika lampu isyarat sudah berkelip kuning mahu bertukar merah. Keadaan motosikal (bawah) dinaiki mangsa yang dilanggar kereta Honda Jazz. Gambar kecil: Mohamad Hatta Che Din
SEREMBAN: Pemilik video kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kemalangan maut dua remaja di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini Khamis lalu masih belum tampil bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Pemilik dashcam yang merekodkan kemalangan maut di Jalan Persiaran Senawang 1 belum tampil membantu siasatan.
  • Polis menekankan pentingnya kerjasama pemilik dashcam untuk memudahkan proses siasatan.
  • Dua remaja maut dalam kemalangan tersebut setelah kereta yang dipandu remaja lelaki gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan merempuh dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
"Sebab itu pentingnya kerjasama pemilik dashcam yang berkongsi video kejadian itu di media sosial tampil untuk bantu proses siasatan.
"Setakat ini hanya dua saksi telah tampil memberi keterangan iaitu ibu pemandu Honda Jazz dan seorang saksi awam," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sebelum ini media melaporkan, dua remaja maut dirempuh sebuah kereta yang gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1.
Kejadian sekitar jam 8. 30 malam itu membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta Honda Jazz serta dua motosikal jenis Modenas Kriss dan Honda Vario.
Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun bersama seorang penumpang 17 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Paroi.
Kenderaan itu gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah lalu merempuh dua motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.
Kemalangan terbabit menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal Modenas Kriss masing-masing berumur 15 dan 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Persiaran Senawang 1
#dashcam
#kemalangan maut dua remaja
#persimpangan lampu isyarat merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan