awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja perempuan maut, nahas lori buat pusingan U

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
30/03/2023
00:20 MYT
Dua remaja perempuan maut, nahas lori buat pusingan U
Motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa remuk selepas terbabit dalam nahas di Tanjung Malim pada malam Rabu. - Foto PDRM
TANJUNG MALIM: Dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori tangki di kilometer (km) 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara dekat sini pada Rabu.
Dalam kejadian berhampiran dengan Kampung Kelawar itu mangsa maut dikenali sebagai Mimi Nurwaheeda Nor Kamar Hisham, 19, bersama pembonceng Nur Nabila Rosdi, 19.
Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu kira-kira jam 11.18 malam.
“Siasatan awal di lokasi mendapati ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari Ulu Bernam menghala ke Slim River.
“Ketika di lokasi kejadian, disyaki terdapat sebuah lori tangki yang membuat pusingan U dan ia mengakibatkan motosikal yang ditunggangi mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, dalam kemalangan itu Mimi Nurwaheeda maut akibat digilis lori berkenaan, sementara pembonceng, Nur Nabila meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Slim River.
Katanya pihak polis sedang giat mengesan lori yang terlibat dalam nahas itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#remaja
#lori tangki
#pusingan u
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan