MALAYSIA
Dua remaja perempuan sesat ketika daki Bukit Cherok Tokun ditemukan selamat
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11.59 pagi.
BUKIT MERTAJAM: Dua remaja perempuan yang dilaporkan sesat ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tokun, di sini ditemukan selamat oleh pasukan bomba selepas empat jam pencarian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11.59 pagi.
"Dua remaja berusia 18 tahun itu telah menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.
"Operasi mencari dan menyelamat berdepan sedikit kesukaran disebabkan faktor bentuk muka bumi serta jarak yang agak jauh untuk sampai ke lokasi mereka," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kedua-duanya dibawa turun ke kaki bukit dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi berkenaan, katanya tamat pada 4.45 petang.
-- BERNAMA