awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
'Jangan biarkan tindakan haram Israel berterusan' - kata Tok Mat kepada OIC
MALAYSIA
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC)
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Dua remaja sesat diselamatkan selepas 'WhatsApp' lokasi keberadaan

Bernama
Bernama
21/06/2025
13:45 MYT
Dua remaja sesat diselamatkan selepas 'WhatsApp' lokasi keberadaan
Dua remaja lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tok Kun hari ini, berjaya diselamatkan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp. - Foto JPBM Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM: Dua remaja lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tok Kun di sini hari ini, berjaya diselamatkan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi keberadaan mangsa yang dikongsi menerusi WhatsApp pada 1.16 tengah hari.
"Lima anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan turut dibantu oleh orang awam.
"Kedua-dua mereka yang berusia 18 tahun berjaya ditemukan dan dibawa turun dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada 4.14 petang," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mangsa kemudian diserahkan kepada penjaga masing-masing.
Dalam kes berasingan di Taman Seri Acheh Nibong Tebal, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun diselamatkan pasukan bomba selepas kakinya tersepit pada besi tangga.
John memaklumkan sepasukan anggota dari BBP Nibong Tebal bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.23 petang.
"Pasukan bomba melakukan kerja penyelamatan dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa. Mangsa kemudian diserahkan kepada penjaga untuk dibawa ke klinik bagi rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja sesat
#WhatsApp
#aktiviti mendaki
#bukit Cherok Tok Kun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami