awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor bermula Khamis ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2022
16:27 MYT
Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan
Dua maut manakala empat lagi selamat dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, Kulai, Johor pada Sabtu. - Foto media sosial
KULAI: Dua maut manakala empat lagi selamat dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, Kulai, Johor pada Sabtu.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.47 malam.
Sejurus tiba di tempat kejadian, katanya seorang wanita yang dikenal pasti sebagai Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, ditemui tersepit di tempat duduk penumpang dan rentung di dalam kenderaan yang dinaikinya, iaitu kereta jenis Proton Wira.
Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berjaya keluar dengan selamat.
Seorang lagi mangsa yang maut pula, dilaporkan berada dalam kereta jenis Toyota Vios yang turut terbabit dalam kemalangan itu.
Setakat ini, maklumat mengenai mangsa terbabit tidak diketahui.
Mohd Fauzi berkata, kemalangan turut membabitkan dua buah lagi kenderaan iaitu sebuah lori jenis Isuzu dan sebuah lagi kereta, jenis Proton Preve.
Pemandu dan penumpang lori Isuzu, serta pemandu Proton Preve, dilaporkan selamat.
Jelas Mohd Fauzi, operasi pemadaman dan menyelamat masih berjalan.
Sementara itu, menerusi sebuah video tular berdurasi satu minit 37 saat, seorang lelaki dipercayai pemandu kereta Wira dilihat menangis dan memanggil isterinya yang berada di dalam kenderaan terbakar itu.
Lelaki terbabit bagaimanapun ditenangkan pengguna jalan raya lain.
Kenderaan Terbakar | Seorang rentung, empat selamat kemalangan di Kulai
Topic Berkaitan
#wanita rentung dalam kemalangan
#kereta terbakar
#Lebuhraya Utara Selatan
#kemalangan tiga kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan