awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/01/2025
11:16 MYT
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Pada Selasa dilaporkan seorang warga emas, Ibrahim Mydin, 61, dan anak angkatnya, Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, ditemukan rentung dalam kebakaran.- Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Polis mengklasifikasikan semula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh yang dipercayai angkara dendam.
Susulan itu, lima suspek berusia 19 hingga 53 tahun termasuk anak saudara salah seorang mangsa berjaya diberkas polis selain seorang lelaki warga Myanmar yang turut menghuni rumah itu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan lanjut polis bersama bomba menemukan bahan api terbabit yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya, siasatan awal mendapati, anak saudara mangsa masuk ke rumah terbabit dengan menggunakan kunci pendua diberikan seorang lagi suspek sambil membawa minyak petrol untuk disimbah kepada mangsa dan kediaman itu.
Katanya, kedua-dua mangsa berusia 61 dan 23 tahun yang sudah dikenal pasti identiti mereka sedang tidur di bilik tingkat atas rumah separa kekal itu ketika kejadian.
“Kejadian sepatutnya kemalangan namun siasatan mendapati ia bukan kemalangan kerana maklumat pertama yang kita dapat laporan mengatakan ada bau petrol dan daripada itu kita buat tangkapan ke atas kelima-lima lelaki ini untuk siasatan awal dan kita dapat pastikan dan menjurus kepada siasatan 302,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini pada Rabu.
Katanya ini susulan siasatan mendapati terdapat bau petrol dan botol mineral yang mengandungi separuh bahan api itu di tempat kejadian, dan lebih menguatkan siasatan apabila mangsa berusia 61 tahun membuat laporan polis sehari sebelum itu kerana telefon bimbitnya dilarikan suspek.
Bagaimanapun, laporan itu ditarik semula tidak lama kemudian sebelum kejadian kebakaran yang berlaku di kediaman itu mengorbankan dua mangsa.
Fisol bagaimanapun memaklumkan punca dendam itu masih disiasat pihaknya secara terperinci.
Tambahnya, daripada lima suspek ditahan itu, tiga daripadanya dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian terbabit dengan salah seorangnya disyaki membantu menyerahkan kunci pendua kediaman itu kepada suspek utama.
Namun, kelima-lima mereka kini direman sehingga 27 Januari ini bagi melengkapkan siasatan.
Tiga suspek utama didapati positif dadah manakala dua daripada mereka memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Semalam, Astro AWANI melaporkan, seorang warga emas, Ibrahim Mydin, 61, dan anak angkatnya, Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, ditemukan rentung dalam kebakaran terbabit.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.51 pagi, semalam melibatkan kebakaran rumah kelas B jenis separa kekal yang dimiliki Ibrahim.
Topic Berkaitan
#dua rentung
#angkara dendam
#kes bunuh
#Alor Setar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan