MALAYSIA
Dua sahabat ditemui mati lemas berpelukan
Dua sahabat ditemui mati lemas dalam keadaan mereka berpelukan dipercayai terjatuh ketika sedang menjala ikan di sebuah kolam ikan berhampiran Jalan Ipoh-Lumut di sini Isnin.
Mangsa Mohd Yati Yeop Ahmad, 42, dan rakannya Mohammad Zhairii Shahuddin, 27, ditemui kira-kira pukul 8.28 pagi Isnin oleh anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dan Unit Skuba Ipoh.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abd Latif berkata kedua-dua mangsa keluar menjala ikan menaiki kereta Perodua Kancil kira-kira pukul 4.00 pagi Ahad.
"Mereka tidak pulang ke rumah selepas habis menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Negara dan Barcelona kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lepas.
"Mohd Yati menemui Mohammad Zhairii di rumahnya di Gopeng sebelum bertolak sama-sama menuju ke kolam itu," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Batu Gajah di sini.
Anggota keluarga masing-masing membuat laporan mengenai kehilangan mereka di Balai Polis Pusing setelah menemui kereta mangsa dekat kolam itu, katanya.
Shaharon berkata operasi mencari dan menyelamat berakhir pagi Isnin apabila kedua-dua mangsa ditemui di permukaan kolam kira-kira 10 kaki dari tebing kolam dan seorang daripada mangsa mempunyai kesan kecederaan di kepala.
"Ketika operasi mencari di jalankan menemui jaring ikan dan selipar milik kedua-dua mereka di tebing kolam ikan itu. Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.