Pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) amat sedih dengan insiden dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag.
Gajah jantan pertama ditemui mati pada 27 Dis 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.
Gajah jantan kedua yang ditemui mati ialah gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag tiga bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU.
"Kami menemui bangkai Sabre pada ambang Tahun Baharu dengan kolar satelit ditemui di sebelah tengkorak," kata pengarah DGFC Benoit Goossens dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata Sabre diselamatkan dari sebuah ladang dekat Tawau awal Oktober tahun lepas dan dipasang kolar satelit sebelum dilepaskan di hutan simpan dekat Danum.
"Dalam tempoh sebulan, Sabre dan seekor lagi gajah jantan yang besar diburu oleh pemburu haram untuk mendapatkan gading. Bangkai kedua-dua ekor gajah dijumpi 1,500 meter antara satu sama lain walaupun gajah-gajah itu tidak mati dibunuh pada masa yang sama," kata beliau.
Goossens berkata Sabre dibunuh pada 21 Nov 2016, menurut data satelit.
"Kami bersedia memberi semua maklumat yang perlu kepada penyiasat dan kepada polis. Saya percaya gajah-gajah itu dibunuh oleh seorang pemburu dan pedagang profesional.
"Pada hari China mengharamkan perdagangan gading gajah, dua daripada gajah kita mati dibunuh untuk mendapatkan gading. Gajah-gajah kita sudahpun menghadapi ancaman kepupusan habitat, pembangunan seperti pembinaan jalan/jambatan di Sukau-Kinabatangan.
Sementara itu, doktor veterinar hidupan liar dari WRU Dr Pakeeyaraj Nagalingam, yang menyertai usaha menyelamatkan haiwan itu dan pemindahan Sabre berkata tiada perkataan yang dapat menggambarkan kesedihan kami.
Beliau berkata, nampaknya tidak ada lagi kawasan yang selamat di Sabah untuk gajah.
"Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan larangan memburu hidupan liar secara haram dan aktiviti haram yang lain perlu bekerja keras dan lebih bijak jika mahu memulihara hidupan liar kita di Sabah," kata Nagalingam. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 01 2017
Seekor gajah yang dibunuh pemburu haram untuk diambil belalainya ketika ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu pada 27 Disember lalu. - Foto Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ganjaran RM10,000 bantu tangkap pemburu gading gajah
Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat memberikan maklumat sahih membabitkan insiden dua spesies gajah mati akibat pemburuan haram untuk gading.
Dua spesies gajah mati dibunuh untuk dapatkan gading di Sabah
Pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) amat sedih dengan insiden dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram.